Tuesday, April 27, 2010

PERTANYAAN PERTANYAAN LAZIM

1 ) BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN PENGINAPAN DI HOMESTAY ASRI CEMPAKA INN INI?

- Selepas anda berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan, sudah mengenalpasti lokasi dan tarikh, anda boleh membuat bayaran tempahan minima RM50.00 kepada En. Mohamad Asri Bin A. Bakar melalui no akaun CIMB : 0816 000 32 08054 , selepas wang di masukkan sila sms saya untuk memaklumkan pengesahan tempahan ini, dan nama anda akan di rekodkan oleh kakitangan saya.

2 ) BILAKAH WAKTU CHECK IN DAN CHECK OUT.

Sekiranya anda membuat tempahan pada 5hb Ogos 2010 ( contohnya ) anda boleh check in pada bila bila masa hari tersebut atau pada jam 1.00 tengah hari hari tersebut sekiranya masih terdapat pelanggan terdahulu yang akan keluar pada 12.00 tengah hari. Manakala waktu check out adalah jam 12.00 tengah hari 6hb Ogos 2010.

Walaubagaimana pun, sekiranya tiada pelanggan pada masa check in atau check out maka anda boleh untuk memasuki lebih awal dan keluar lebih lewat ( tidak lebih 2 jam yang di benarkan.)

3) BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA KELUAR MELEBIHI 2 JAM.

Sebagaimana yang di amalkan oleh pengurusan homestay, kelewatan pada selepas 2 jam adalah di kirakan sebanyak RM10.00 bagi jam berikutnya.


4) APAKAH BARANG BARANG YANG PERLU KAMI BAWA, DAN APAKAH BARANG YANG DI SEDIAKAN.

- Barang barang yang perlu di bawa adalah :-
Tuala mandi serta alatan peribadi
Pakaian

- Barangan yang di sediakan adalah :-
Sabun mandi & selimut

5) ADAKAH WANG DEPOSIT DIKEMBALIKAN SEKIRANYA KAMI MEMBATALKAN TEMPAHAN PENGINAPAN.

Tidak di kembalikan.