Thursday, April 22, 2010

Perihal awal tentang Perkhidmatan Asri Homestay

Saya mula menguruskan rumah sewa serta asrama kepada Pelajar pelajar Politeknik Ungku Omar, Maktab Perguruan Kinta mulai Julai 1995, ketika mula membeli sebuah rumah di No 34 Psrn Cempaka Sari 40, Desa cempaka, Ipoh.

Jarak lebih kurang 2km ke PUO dan lain lain distinasi utama di Ipoh, Perak. Rumah yang saya beli dengan harga RM47,000 ini menjadi asas perniagaan saya yang telah menjangkau 15 tahun.

Dari masa kesemasa, berikutan dengan permintaan dari pelajar serta pelanggan saya meningkatkan operasi dari tahun ke tahun, sehingga ke tahun 2010 , saya telah pun mempunyai rangkaian lebih dari 60 buah rumah sewaan serta 7 buah homestay dan rumah transit.

Saya bersara dari perkhidmatan polis mulai 2 Febuari 2009 setelah berkhidmat selama 23 tahun di dalam PGA, Trafik & Jabatan Siasatan Jenayah, ( Forensik ). Dengan berbekal modal dari wang persaraan saya melebarkan perniagaan saya sehingga ke hari ini.

2 comments: